Dosa yang banyak dan kelalaian daripada mengingati ALLAH SWT akan menyebabkan hati berkarat sebagaimana berkaratnya besi.
Membaca Al-Quran dan mengingati maut akan menyinarkan kembali hati yang berkarat itu. Keadaan hati seseorang hamba itu berkait rapat dengan soal makrifatullah. Diibaratkan hati itu sebuah cermin, semakin kabur hati itu kerana debu maka semakin berkuranglah pantulan cahaya makrifat. Manakala, sebersih mana hati itu kerana dijaga sebaiknya, maka semakin jelas, nyata serta teranglah pantulan cahaya makrifat pada hati tersebut.
Oleh kerana itu, sejauh mana seseorang itu melakukan maksiat yang didorong oleh nafsu syahwat dan bisikan syaitan, maka semakin jauh, kabur serta gelaplah dia daripada makrifatullah.
Demi membersihkan hati, serta menjaga hati agar tidak berkarat inilah, ramai syaikh tariqat menekankan latihan-latihan kerohanian, mujahadah-mujahadah dan bacaan-bacaan tertentu serta zikir-zikir kepada ALLAH SWT.
Carilah mereka, bergurulah dengan mereka secara khusus dan hindarilah daripada berkaratnya hati.

*******************************************************************************
Peristiwa :
Pernah seseorang berkata padaku, "pernahkah kamu berguru dengan mana-mana individu dalam bab ini?"
Aku berkata "hanya sekadar di masjid dan kuliah-kuliah agama."
Dia menjawab "carilah dan bergurulah dengan khusus(perseorangan) kerana guru itu akan menilai, serta menjaga kamu semasa kamu menuntut ilmu bersamanya.Teruskanlah berada di taman-taman syurga(kuliah agama & masjid-masjid)."
No comments:
Post a Comment