Tuesday, 1 May 2018

BERZIKIRLAH SEBANYAK-BANYAKNYA



             Diriwayatkan suatu perstiwa mengenai seorang wali ALLAH yang mana beliau berdoa kepada ALLAH SWT agar diperlihatkan cara syaitan memasukkan godaannya ke dalam hati manusia. Maka beliau telah diperlihatkan, yang mana syaitan menyerupai seekor nyamuk duduk di sebelah kiri hati di bahagian belakang bahu. Di mulutnya terdapat satu belalai yang panjang seperti jarum yang ditujukan ke arah hati. Sekiranya hati manusia itu lalai daripada zikir maka dia akan menyuntik godaan dan racun kemaksiatan ke dalam hati tersebut.

*********************************************************************************

              Melalui zikir yang sebanyak-banyaknya, kekurangan yang terdapat dalam ibadat-ibadat sunat dapat ditampung. Zikrullah memainkan peranan yang penting dalam menghindarkan diri daripada dikuasai oleh syaitan.

Oleh kerana itulah, para ulama tasawwuf amat menganjurkan supaya perbanyakkan berzikir supaya syaitan tidak berpeluang untuk menggoda hati serta menjadikan hati lebih kuat sehingga mampu melawan segala hasutan syaitan. 

Para sahabat terdahulu sentiasa berdamping bersama Rasullah SAW yang mana hati mereka jauh lebih kuat berbanding kita turut perbanyakkan berzikir setiap hari. Manakala kita yang semakin jauh daripada zaman Rasullah SAW dalam keadaan dunia yang penuh kemaksiatan serta fitnah bermaharaja lela, maka semakin bertambah-tambahlah perlunya kita kepada rawatan hati melalui zikir.

Basahkan lidahmu dan kuatkan hatimu dengan zikrullah.

*********************************************************************************

Saya ingin berkongsi pendapat. Terdapat ramai dikalangan kita yang suka melatah. Apatah lagi melatah akan sesuatu yang tidak bermanafaat malah sesuatu yang memalukan sehinggakan dianggap lucu serta menghiburkan. Adakah seseorang manusia itu telah melatah sejak kecil atau sejak dilahirkan? Bagaimana sebenarnya melatah itu bermula? Kenapakah melatah telah menjadi satu tabiaat pada seseorang?

Pada hemat saya, pada awalnya seseorang itu hanya terkejut kerana sesuatu dan itu normal pada setiap manusia. Kita terkejut maka mulut kita menjerit. Namun jika berterusan dan mula membiasakan sebutan yang keluar daripada mulut itu sesuatu yang negatif sehingga menghiburkan yang lain, maka lama-kelamaan melatah menjadi suatu tabiat yang agak sukar dibuang dan sudah pasti bukan zikrullah yang sering disebutnya.

Latihlah lidah mu kepada zikrullah untuk setiap masa, tempat dan keadaan. Jika kita melatah dengan menyebut nama ALLAH SWT, tidakkah itu lebih baik untuk diri mu dan sebagai teladan yang baik untuk yang lain?.

No comments:

Post a Comment

GOLONGAN MANAKAH KITA?

               Keuntungan yang sebenar ialah keuntungan yang kekal dan tidak akan habis selama-   lamanya. Sebenarnya , solah adalah sat...