Monday, 12 February 2018

Mimpi Dalam Mimpi


Adapun yang bermimpi itu merasakan bahawa fantasi mimpi tersebut sebagai realiti yang seolah-olah benar-benar terjadi.

Maka begitulah hidup manusia di alam dunia ini. Percayalah bahawasanya kehidupan ini hanyalah suatu MIMPI. Yang padanya seseorang itu akan tersedar daripada mimpi ini apabila telah meninggal dunia.

Tatkala perginya seorang hamba itu ke alam barzakh, maka celiklah segala penglihatan dan pandangannya seperti mana tersedarnya manusia daripada mimpi dalam tidur yang panjang.

Maka sedarlah wahai aku dan sahabat sekalian, bahawa hidup ini hanyasanya mimpi  semata-mata.
Adapun aku dan sahabat sekalian, perlulah mendalami sebanyak-banyaknya ilmu dalam usaha untuk SEDAR akan keberadaan diri kita dalam mimpi ini agar mampu kita gunakan mimpi ini untuk kebaikan setelah bangkit dari tidur ini.

Adapun sekarang ini aku dan sahabat sekalian masih tidur dan bermimpi yang mana mungkin juga sebahagian daripada sahabat sekalian telah pun MERASAI akan kebenaran bahawa hidup ini adalah satu mimpi.

Adapun aku hanya berkongsi suatu cerita, yang mana perlukan diri sahabat sekalian menilai dengan ilmu sahabat sekalian yang sememangnya jauh lebih dalam berbanding diri aku ini.

Sunday, 11 February 2018

Bermulanya Suatu Perkongsian



BISMILLAHIRROHMANIRROHIM.....

Maka bermulalah suatu usaha untuk aku menyampaikan suatu perkongsian yang sedikit sebanyak aku cari dan menghayatinya sebelum ini. 

Maka percayalah wahai sekalian sahabat, adalah hidup ini hanyalah sementara. Di akhirat jualah kehidupan yang kekal abadi. 

Maka berusahalah keatas diri aku dan sekalian sahabat dalam mencari bekal untuk dibawa bersama-sama kepada kehidupan yang tiada berpenghujungnya itu. 

Sesungguhnya, 
bekalan yang terbaik adalah TAQWA 

Semoga pengkongsian yang sedikit ini dapat membuka pintu-pintu hati aku dan para sahabat sekalian untuk lebih-lebih lagi mendalami ilmu-ilmu agama agar dapat mewujudkan ketaqwaan yang tinggi dalam diri aku dan sahabat sekalian. 

Pada-Mu kami memohon.... 

GOLONGAN MANAKAH KITA?

               Keuntungan yang sebenar ialah keuntungan yang kekal dan tidak akan habis selama-   lamanya. Sebenarnya , solah adalah sat...