Thursday, 3 May 2018
GOLONGAN MANAKAH KITA?
Keuntungan yang sebenar ialah keuntungan yang kekal dan tidak akan habis selama-
lamanya.
Sebenarnya , solah adalah satu anugerah yang besar daripada ALLAH SWT . Hanya mereka yang
benar-benar mengecapi nikmat bersolah sahaja yang dapat menghargainya.
Hadrat Shahqiq Balkhi seorang ahli sufi dan wali ALLAH SWT yang masyhur berkata, "Kami mencari lima perkara dan menemuinya melalui lima amalan,
1) Keberkatan rezeki melalaui solah dhuha
2) cahaya di dalam kubur melalui solah tahajjud
3) Jawaban terhadap soalan malaikat Mungkar dan Nakir melalui bacaan al-Quran
4) Mudah melintasi titian sirat melalui berpuasa dan bersedekah
5) Mendapat naungan di bawah 'Arasy Ilahi melalui mengingati ALLAH SWT dalam keadaan
bersunyi diri."
****************************************************************************
Pada zaman yang penuh kerosakan ini masih juga terdapat hamba-hamba ALLAH SWT yang menghabiskan sebahagian besar malam mereka dengan mendirikan solah, sementara pada siang hari pula sibuk dengan urusan agama seperti berdakwah dan mengajarkan ilmu agama.
Namun, sebahagian lagi pula sibukkan malam mereka dengan perkara kemaksiatan dan di siang
hari pula sibuk dalam mengejar hal-hal keduniaan sehingga lalai dan alpa terhadap ALLAH SWT.
Golongan manakah kita?
Tuesday, 1 May 2018
BERZIKIRLAH SEBANYAK-BANYAKNYA
Diriwayatkan suatu perstiwa mengenai seorang wali ALLAH yang mana beliau berdoa kepada ALLAH SWT agar diperlihatkan cara syaitan memasukkan godaannya ke dalam hati manusia. Maka beliau telah diperlihatkan, yang mana syaitan menyerupai seekor nyamuk duduk di sebelah kiri hati di bahagian belakang bahu. Di mulutnya terdapat satu belalai yang panjang seperti jarum yang ditujukan ke arah hati. Sekiranya hati manusia itu lalai daripada zikir maka dia akan menyuntik godaan dan racun kemaksiatan ke dalam hati tersebut.
*********************************************************************************
Melalui zikir yang sebanyak-banyaknya, kekurangan yang terdapat dalam ibadat-ibadat sunat dapat ditampung. Zikrullah memainkan peranan yang penting dalam menghindarkan diri daripada dikuasai oleh syaitan.

Oleh kerana itulah, para ulama tasawwuf amat menganjurkan supaya perbanyakkan berzikir supaya syaitan tidak berpeluang untuk menggoda hati serta menjadikan hati lebih kuat sehingga mampu melawan segala hasutan syaitan.
Para sahabat terdahulu sentiasa berdamping bersama Rasullah SAW yang mana hati mereka jauh lebih kuat berbanding kita turut perbanyakkan berzikir setiap hari. Manakala kita yang semakin jauh daripada zaman Rasullah SAW dalam keadaan dunia yang penuh kemaksiatan serta fitnah bermaharaja lela, maka semakin bertambah-tambahlah perlunya kita kepada rawatan hati melalui zikir.
Basahkan lidahmu dan kuatkan hatimu dengan zikrullah.
*********************************************************************************
Saya ingin berkongsi pendapat. Terdapat ramai dikalangan kita yang suka melatah. Apatah lagi melatah akan sesuatu yang tidak bermanafaat malah sesuatu yang memalukan sehinggakan dianggap lucu serta menghiburkan. Adakah seseorang manusia itu telah melatah sejak kecil atau sejak dilahirkan? Bagaimana sebenarnya melatah itu bermula? Kenapakah melatah telah menjadi satu tabiaat pada seseorang?
Pada hemat saya, pada awalnya seseorang itu hanya terkejut kerana sesuatu dan itu normal pada setiap manusia. Kita terkejut maka mulut kita menjerit. Namun jika berterusan dan mula membiasakan sebutan yang keluar daripada mulut itu sesuatu yang negatif sehingga menghiburkan yang lain, maka lama-kelamaan melatah menjadi suatu tabiat yang agak sukar dibuang dan sudah pasti bukan zikrullah yang sering disebutnya.
Latihlah lidah mu kepada zikrullah untuk setiap masa, tempat dan keadaan. Jika kita melatah dengan menyebut nama ALLAH SWT, tidakkah itu lebih baik untuk diri mu dan sebagai teladan yang baik untuk yang lain?.

HATI YANG BERKARAT
Dosa yang banyak dan kelalaian daripada mengingati ALLAH SWT akan menyebabkan hati berkarat sebagaimana berkaratnya besi.
Membaca Al-Quran dan mengingati maut akan menyinarkan kembali hati yang berkarat itu. Keadaan hati seseorang hamba itu berkait rapat dengan soal makrifatullah. Diibaratkan hati itu sebuah cermin, semakin kabur hati itu kerana debu maka semakin berkuranglah pantulan cahaya makrifat. Manakala, sebersih mana hati itu kerana dijaga sebaiknya, maka semakin jelas, nyata serta teranglah pantulan cahaya makrifat pada hati tersebut.
Oleh kerana itu, sejauh mana seseorang itu melakukan maksiat yang didorong oleh nafsu syahwat dan bisikan syaitan, maka semakin jauh, kabur serta gelaplah dia daripada makrifatullah.
Demi membersihkan hati, serta menjaga hati agar tidak berkarat inilah, ramai syaikh tariqat menekankan latihan-latihan kerohanian, mujahadah-mujahadah dan bacaan-bacaan tertentu serta zikir-zikir kepada ALLAH SWT.
Carilah mereka, bergurulah dengan mereka secara khusus dan hindarilah daripada berkaratnya hati.

*******************************************************************************
Peristiwa :
Pernah seseorang berkata padaku, "pernahkah kamu berguru dengan mana-mana individu dalam bab ini?"
Aku berkata "hanya sekadar di masjid dan kuliah-kuliah agama."
Dia menjawab "carilah dan bergurulah dengan khusus(perseorangan) kerana guru itu akan menilai, serta menjaga kamu semasa kamu menuntut ilmu bersamanya.Teruskanlah berada di taman-taman syurga(kuliah agama & masjid-masjid)."
Subscribe to:
Comments (Atom)
GOLONGAN MANAKAH KITA?
Keuntungan yang sebenar ialah keuntungan yang kekal dan tidak akan habis selama- lamanya. Sebenarnya , solah adalah sat...
-
D iriwayatkan suatu perstiwa mengenai seorang wali ALLAH yang mana beliau berdoa kepada ALLAH SWT agar diperlihatkan cara sy...
-
Adapun yang bermimpi itu merasakan bahawa fantasi mimpi tersebut sebagai realiti yang seolah-olah benar-benar terjadi. Maka begitulah hid...