Monday, 12 February 2018
Mimpi Dalam Mimpi
Adapun yang bermimpi itu merasakan bahawa fantasi mimpi tersebut sebagai realiti yang seolah-olah benar-benar terjadi.
Maka begitulah hidup manusia di alam dunia ini. Percayalah bahawasanya kehidupan ini hanyalah suatu MIMPI. Yang padanya seseorang itu akan tersedar daripada mimpi ini apabila telah meninggal dunia.
Tatkala perginya seorang hamba itu ke alam barzakh, maka celiklah segala penglihatan dan pandangannya seperti mana tersedarnya manusia daripada mimpi dalam tidur yang panjang.
Maka sedarlah wahai aku dan sahabat sekalian, bahawa hidup ini hanyasanya mimpi semata-mata.
Adapun aku dan sahabat sekalian, perlulah mendalami sebanyak-banyaknya ilmu dalam usaha untuk SEDAR akan keberadaan diri kita dalam mimpi ini agar mampu kita gunakan mimpi ini untuk kebaikan setelah bangkit dari tidur ini.
Adapun sekarang ini aku dan sahabat sekalian masih tidur dan bermimpi yang mana mungkin juga sebahagian daripada sahabat sekalian telah pun MERASAI akan kebenaran bahawa hidup ini adalah satu mimpi.
Adapun aku hanya berkongsi suatu cerita, yang mana perlukan diri sahabat sekalian menilai dengan ilmu sahabat sekalian yang sememangnya jauh lebih dalam berbanding diri aku ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
GOLONGAN MANAKAH KITA?
Keuntungan yang sebenar ialah keuntungan yang kekal dan tidak akan habis selama- lamanya. Sebenarnya , solah adalah sat...
-
D iriwayatkan suatu perstiwa mengenai seorang wali ALLAH yang mana beliau berdoa kepada ALLAH SWT agar diperlihatkan cara sy...
-
Adapun yang bermimpi itu merasakan bahawa fantasi mimpi tersebut sebagai realiti yang seolah-olah benar-benar terjadi. Maka begitulah hid...
-
Keuntungan yang sebenar ialah keuntungan yang kekal dan tidak akan habis selama- lamanya. Sebenarnya , solah adalah sat...
No comments:
Post a Comment